YB Kita

SMK Puteri dapat 20 unit Smart TV daripada Cha

RASAH: Kerja-kerja pemasangan 10 unit Smart TV berjenama Samsung bersaiz 65 inci telah siap dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri.

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin berkata, sebelum ini pada tahun 2024, sebanyak 10 unit Smart TV jenis yang sama telah dipasang di sekolah ini.

“Cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan seperti ini kerana ia tidak akan menganggu proses pembelajaran pelajar di dalam kelas.

“Pada tahun 2024, saya telah menyumbang 10 unit Smart TV dan pada tahun ini saya menyumbang 10 unit lagi.

“Pendigitalan adalah sebahagian daripada pendekatan masa kini, dan Smart TV merupakan antara kelengkapan yang diperlukan untuk proses pendigitalan.

“Harapan saya dengan sumbangan 20 unit Smart TV ini, ia akan membantu dan meningkatkan proses pembelajaran pelajar dalam sekolah ini,” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button