Hampir 100 bas ‘Pink’ warnai Negeri Sembilan
SEREMBAN: Hampir 100 bus berwarna ‘pink‘ baharu akan mewarnai jalan raya di Negeri Sembilan.
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, ia akan menambahkan keceriaan selain menambah kualiti perkhidmatan bas henti-henti di seluruh Negeri Sembilan sehingga 2029.
“Inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan.
“Dalam pada itu, beberapa inisiatif turut dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan bagi menggalakkan ramai pengguna bas ini,” kata Arul Kumar.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
a) Kad Konsesi BAS.MY – Tambang percuma untuk warga emas, OKU dan pelajar sekolah sehingga kolej/universiti.
b) Pas perjalanan tanpa had – Bayaran RM50 bagi menikmati perkhidmatan bas tanpa had seluruh Negeri Sembilan selama 30 hari.
c) App Hub – Aplikasi ini boleh merancang perjalanan dan mampu mengenal pasti pergerakan bas secara live tracking.