BeritaMenarik

Hari Kebangsaan disambut dalam keadaan ekonomi cukup baik: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, beliau berharap agar rakyat terus menjaga keamanan daripada sebarang fitnah dan sangkaan buruk yang berterusan.

“Saya rasa 67 tahun merdeka amat bermakna dan penting bagi kita.

“Pada tahun ini, Hari Kemerdekaan disambut dalam keadaan ekonomi yang cukup baik.

“Kita sambut dalam keadaan nilai ringgit kita kukuh dan dalam keadaan Bursa Malaysia berprestasi lebih baik dengan jangkaan pertumbuhan 10.5 peratus kepada 1,600 mata menjelang akhir tahun ini.

“Ini antara perkara yang harus kita lihat dan berbanding tahun lalu, peningkatan ini cukup membanggakan,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata, beliau yakin ekonomi, nilai ringgit dan Bursa Malaysia akan berterusan meningkat dan akhirnya rakyat yang akan menikmati dengan pemberian pelbagai sumbangan dan insentif daripada kerajaan.

Show More

Related Articles

Back to top button