BeritaMenarik

Insentif Sekuriti Makanan diperkenalkan, menjamin bekalan makanan

SEREMBAN: Bagi memastikan keselamatan bekalan makanan, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Insentif Sekuriti Makanan.

EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, insentif ini merangkumi naiktaraf infrastruktur ladang seperti sistem pengairan fertigasi, dan pemberian input pertanian seperti baja dan benih.

“Turut ditawarkan sokongan kepada industri asas tani, termasuk menaiktaraf bengkel dan peralatan pemprosesan makanan bagi meningkatkan pengeluaran makanan tempatan.

“Sehingga kini, dari tahun 2021 hingga 2024, sebanyak RM41.17 juta telah diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif ini, memberi manfaat kepada 2,739 pengusaha.

“Bantuan ini turut merangkumi subsidi kos operasi ladang sehingga 20 peratus, yang membantu meningkatkan pendapatan mereka sebanyak RM500 hingga RM1,000 sebulan.

“Outlet Agrobazaar FAMA juga memainkan peranan penting dalam menyediakan makanan pada harga mampu milik.

“Melalui pelaksanaan semua inisiatif ini, Kerajaan Negeri Sembilan komited memastikan sektor pertanian dan perikanan terus berkembang, sekaligus mengimbangan isu jaminan bekalan makanan,” kata Jalaluddin.

Jalaluddin berkata demikian bagi menjawab soalan daripada ADUN Gemencheh, Suhaimizan Bizar (BN) dalam sesi soal jawab Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Yang Ke-15.

 

Show More

Related Articles

Back to top button