YB Kita

Isam turun padang di Felda Jelai, tangani permasalahan setempat

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa telah turun padang ke Felda Jelai bagi melawat beberapa projek pembangunan di bawah agensi-agensi kerajaan.

“Lawatan ini bagi meninjau kemajuan serta memastikan pelaksanaan projek tersebut berjalan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Antara projek yang dilawati termasuk pemasangan lampu solar jalan bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk, Dataran Masjid Felda Jelai 2 yang disediakan sebagai parkir, ruang komuniti serta pusat aktiviti kemasyarakatan, serta pembinaan astaka dan padang awam untuk kegunaan riadah dan penganjuran pelbagai program setempat.

“Insya Allah, usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memastikan pembangunan yang seimbang, berfokus kepada keperluan rakyat serta kesejahteraan komuniti setempat.

“Terima kasih kepada semua pihak terlibat di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan,” kata Mohd Isam.

Show More

Related Articles

Back to top button