Islam Rahmatan Lil ‘Alamin sebagai teras perjuangan

Tahun 2026 adalah masa untuk kita melipatgandakan usaha, memperkukuh akar parti dan menghidupkan semula semangat perjuangan AMANAH di setiap peringkat.
Kita mesti terus menjadikan Islam Rahmatan Lil ‘Alamin sebagai teras perjuangan, Islam yang membawa kasih sayang, keadilan, hikmah dan penyelesaian kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.
Di sinilah letaknya kekuatan AMANAH, politik nilai, bukan politik kebencian.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-16, kita tidak boleh leka. Parti perlu digerakkan dengan lebih tersusun, jentera diperkasa, ahli dipersiapkan dan kepimpinan tempatan dibina lebih awal.
Turun ke bawah, dekati rakyat, dengar denyut nadi mereka, dan jadilah suara yang membawa harapan.
Kita juga mesti memperkukuh keyakinan rakyat dengan menjelaskan dasar, mempertahankan rekod pentadbiran serta tampil sebagai parti yang matang, berwibawa dan berprinsip.
Perbezaan pandangan diraikan, perpaduan parti dipelihara, dan disiplin perjuangan mesti menjadi pegangan bersama.
Bang Mat yakin, jika kita bergerak dengan ikhlas, bersatu dan berdisiplin, AMANAH bukan sahaja mampu bertahan, malah akan terus relevan sebagai parti Islam progresif yang membawa masa depan lebih baik untuk negara.
Teruskan bekerja. Teruskan berjuang.
Demi Islam yang membawa rahmat. Demi Malaysia yang adil dan makmur.
Dato’ Seri Mohamad Sabu
Presiden AMANAH



