Berita
Ismail ziarah pesakit kronik DUN Senaling
SENALING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Dato’ Ismail Lasim telah turun padang bagi menziarah individu yang menghidap sakit kronik di sekitar DUN Senaling.
Ismail berkata, aktiviti tersebut adalah bagi mengeratkan silaturahim di samping bertanyakan khabar mereka.
“Antara mereka yang diziarahi adalah Encik Norizan Ismail yang menghidap angin pasang, Encik Aziz Idris pula mempunyai sakit saraf kronik.
“Seterusnya Puan Hamidah Adam yang patah tulang peha akibat terjatuh tangga.
“Barangan sumbangan seperti katil hospital, kerusi roda, pampers dewasa, susu kesihatan dan keperluan asas turut diberikan.
“Ia bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi ujian ini,” kata Ismail.