Isu harga barang, kesihatan dan pendidikan menjadi tumpuan Mesyuarat DAP Cawangan Taman Gunung Emas

TAMPIN: Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P.Gunasekaren telah merasmikan Mesyuarat Tahunan DAP Cawangan Taman Gunung Emas.
Mesyuarat memutuskan bahawa barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) sedia ada akan dikekalkan tanpa sebarang perubahan bagi tahun ini.
Tiga usul utama telah dibangkitkan dalam mesyuarat ini:
1. Kawalan Harga Barangan Tempatan
Harga barangan keluaran Malaysia, khususnya dalam sektor penternakan dan pertanian, tidak sepatutnya dinaikkan secara sewenang-wenangnya.
Kestabilan harga amat penting bagi menjaga kebajikan pengguna, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
2. Penambahbaikan Perkhidmatan Kesihatan
Perkhidmatan hospital perlu sentiasa berada pada tahap terbaik.
Isu kekurangan ubat atau perkhidmatan tidak mencukupi tidak wajar berlaku.
Rawatan dan layanan perlu diberikan secara adil dan berkualiti kepada semua, terutama golongan B40.
3. Sokongan Pendidikan
Biasiswa patut ditawarkan kepada pelajar yang bersemangat dan berusaha dalam pelajaran.
Selain itu, usaha perlu digiatkan untuk membantu pelajar mendapatkan pinjaman pendidikan kerajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusi DAP Cawangan Taman Gunung Emas, Yamuna turut menyampaikan penghargaan kepada semua ahli yang hadir termasuk Gunasekaren.
Beliau berikrar untuk terus memberi komitmen terbaik kepada cawangan dan masyarakat sekitar.
Gunasekaren pula merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyatakan komitmen beliau untuk membawa ketiga-tiga usul yang dikemukakan ini kepada perhatian Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook untuk tindakan dan pertimbangan selanjutnya.