Berita

Isu pemberian kewarganegaraan kepada pemain Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Semasa sesi Minister’s Question Time (MQT) di Parlimen, saya jelaskan bahawa ada dua isu utama yang perlu difahami berhubung pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain bola sepak di bawah FAM yang dipersoalkan oleh FIFA.

Pertama, ia berkait dengan Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, yang membolehkan kerajaan menimbangkan dan meluluskan permohonan kewarganegaraan melalui proses naturalisasi.

Dalam hal ini ketujuh-tujuh pemain tersebut telah diberi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam jalur ini, ada tiga rukun utama yang mesti dipenuhi:

1. Pemohon mesti bermastautin dalam tempoh yang ditetapkan,
2. Berkelakuan baik dan lulus tapisan keselamatan,
3. Mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang mencukupi.

Apabila semua syarat ini dipenuhi, barulah permohonan diluluskan mengikut Kaedah-Kaedah Warganegara 1964, menggunakan Borang C dan dokumen sokongan yang sah.

Kedua, isu status pemain warisan adalah urusan antara FAM dan FIFA, dan tertakluk kepada FIFA Statute yang menggariskan empat syarat yang perlu dipenuhi salah satunya.

Jadi, saya tegaskan di parlimen, pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain ini dibuat sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang dan perlembagaan dan ini tanggungjawab kami kepada rakyat dan negara.

Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Dalam Negeri

Show More

Related Articles

Back to top button