YB Kita

Jabatan Laut beri kebenaran pemandu teksi beroperasi di Jeti Penumpang Port Dickson

SRI TANJUNG: Jabatan Laut Daerah Port Dickson memberi kebenaran kepada Pengusaha Pemandu Teksi Port Dickson untuk beroperasi di kawasan Jeti Penumpang Port Dickson.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr.G.Rajasekaran berkata, Jabatan Laut Daerah Port Dickson juga membenarkan seorang Staf Master Teksi/Trip Master dibenarkan bertugas di Jeti Penumpang Port Dickson tersebut.

“Berikutan perbincangan bersama Persatuan Kebajikan Tuan Punya dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Port Dickson dengan Jabatan Laut Port Dickson; kebenaran ini diberikan bagi memudahkan pengusaha teksi daerah ini menjalankan tugas mencari penumpang, sekaligus meningkatkan aksesibiliti pengangkutan awam untuk pengguna jeti.

“Jabatan Laut Port Dickson komited memastikan semua kemudahan di jeti sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

“Pihaknya juga menyokong industri pelancongan Negeri Sembilan melalui efisiensi jeti sebagai pintu masuk antarabangsa melalui laut.

“Keputusan ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak terlibat, terutamanya pengusaha teksi dan pelancong.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai,” ujar Rajasekaran.

Dalam pada itu, Jabatan Laut Port Dickson mengalu-alukan sebarang maklum balas atau aduan daripada orang awam bagi menambah baik perkhidmatan.

Jabatan Laut Port Dickson boleh dihubungi melalui emel: abdulhakim@marine.gov.my atau ppdks@marine.gov.my atau talian telefon di 06-647 7993.

 

Show More

Related Articles

Back to top button