Berita

Jalaluddin sumbang RM36,000 kepada 180 keluarga sempena Deepavali

JELEBU: Seramai 180 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan kewangan berjumlah RM36,000 daripada Ahli Parlimen Jelebu, Dato’ Seri Jalaluddin Alias sempena sambutan Deepavali.

Jalaluddin berkata, setiap ketua keluarga menerima RM200 seorang dan 180 penerima ini dari DUN Pertang, Klawang dan Chennah.

“Sambutan Deepavali pada hari ini diraikan sebagai satu perhimpunan keluarga besar masyarakat India di Jelebu yang penuh dengan semangat muhibbah dan perpaduan.

“Mengikut kepercayaan kaum Hindu; Pesta Cahaya (Deepavali) melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan dan kasih sayang mengatasi kebencian.

“Sambutan ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat India, tetapi turut menjadi wadah mengukuhkan perpaduan antara kaum di bawah satu bumbung dan menjadikan Jelebu sebuah daerah yang harmoni, berbilang budaya dan penuh dengan warna-warni perayaan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Dato’ Ir.Bakri Sawir dan ADUN Sungai Lui, Dato’ Mohd Razi Mohd Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button