BeritaMenarik

Jambatan baharu di Kampung Petaseh, kos RM7 juta

JELEBU: Sebuah jambatan baharu akan dibina di Kampung Petaseh dengan kos RM7 juta.

Ahli Parlimen Jelebu, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau telah berkali-kali mengemukakan permohonan untuk naik taraf kemudahan infrastruktur awam yang melibatkan kegunaan ramai pihak.

“Ini termasuklah cadangan pembinaan 3 jambatan yang pada hemat saya cukup kritikal dan memerlukan kelulusan segera.

“Pada 24 Jun 2024, Kementerian Kerja Raya telah menjawab kepada saya bahawa keutamaan kementerian saat ini adalah untuk menggantikan Triple Box Culvert di Kampung Petaseh dengan jambatan baharu melalui Rolling Plan 5 (RP 5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), dengan kos sebanyak RM7.0 juta.

“Manakala dua cadangan jambatan lagi (Simpang Gelami dan Jalan Besar Pertang) masih dalam pertimbangan pihak kementerian untuk Rolling Plan seterusnya.

“Saya akan terus berusaha dan bekerja keras bagi memastikan projek-projek pembangunan infrastruktur rakyat di Jelebu akan diperkasakan dari semasa ke semasa,” jelas beliau yang juga ADUN Pertang.

Show More

Related Articles

Back to top button