
Ramai antara kita, pengalaman kerja pertama adalah mencabut uban. RM0.10 sehelai.
Kadang-kadang dapat bonus RM1 kalau ayah tengah murah hati.
Tapi tahukah anda?
Mencabut uban tidak akan mengurangkan jumlah uban di kepala.
Uban berlaku kerana folikel rambut berhenti hasilkan melanin iaitu pigmen yang beri warna pada rambut.
Bila anda cabut, rambut baru yang tumbuh tetap akan beruban juga.
Jika kerap dicabut, folikel boleh rosak, rambut mungkin langsung tak tumbuh lagi.
Kalau nak kurangkan uban secara sihat, lebih baik fokus kepada:
• ambil vitamin/ makanan kaya B12, zat besi, zink
• Kurangkan stres dan rokok
• Rehat dan tidur mencukupi
Apa pun, uban bukan musuh.
Ia cuma tanda pengalaman hidup sedang bertambah.
Ramai sahaja jadi lebih kacak atau cantik dengan rambut uban.