Jangan sia-siakan pengorbanan pejuang kemerdekaan
PUTRAJAYA: Usaha para pejuang kemerdekaan yang terdahulu janganlah disia-siakan.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, para pejuang terdahulu telah mengorbankan darah, air mata dan keringat untuk mempertahankan negara.
“Apalah ertinya kemerdekaan yang telah dikecapi sejak 67 tahun dahulu jika jiwa kita masih terbelenggu hingga mengizinkan keterlanjuran pimpinan yang sama sikapnya seperti penjajah yang diusir.
“Ayuh noktahkan keterlanjuran ini dan lahirkan rakyat yang hidup bersama, benar-benar bebas dan berjiwa merdeka.
“Negara ini mempunyai potensi untuk mencipta kejayaan luar biasa sekiranya kita merangkul kesepatakan setiap rakyat tanpa mengira kaum.
“Yang akhirnya dapat menjulang darjat dan martabat Malaysia sebagai negara hebat dan gagah di mata dunia,” kata Anwar.