Jelebu makin terang

JELEBU: Projek Pencahayaan Kampung di Daerah Jelebu untuk tahun 2025 telah selesai.
Ahli Parlimen Jelebu, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, projek pencahayaan ini melibatkan lapan kampung di Daerah Jelebu.
Lokasi 25 lampu tiang berkuasa solar yang telah siap dipasang adalah seperti berikut:
1. Kampung Kerangai – dua unit
2. Kampung Melayu Tambahtin – dua unit
3. Kampung Putra – empat unit
4. Kampung Sawah – seunit
5. Kampung Jerang – dua unit
6. Kampung Poum – empat unit
7. Kampung Ulu Jelebu – dua unit
8. Kampung Peradong – empat unit
“Insya Allah dua lokasi lagi akan dipasang dalam masa terdekat, iaitu di Kampung Ulu Jelebu (dua unit) dan Kampung Ulu Klawang (dua unit).
“Ini antara usaha kita untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
“Yang pastinya usaha ini bukan penutup, tapi ia akan diteruskan dari semasa ke semasa,” kata Jalaluddin.



