Berita

JNOVASI 2025: JHEAINS bnersiap sedia ke pentas AIN9 dan KIK 2026

Seremban : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) terus memperkukuh budaya inovasi dalaman melalui penganjuran Pertandingan JNOVASI 2025 yang telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Program ini menghimpunkan seramai 40 peserta daripada sembilan pasukan inovasi jabatan yang menampilkan pelbagai idea dan projek berimpak tinggi bagi mempertingkat kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pengurusan hal ehwal Islam di Negeri Sembilan.

Barisan panel profesional yang terlibat dalam penilaian pertandingan terdiri daripada Pensyarah Kanan (Bersara) Kolej Matrikulasi Selangor, Puan Rozila binti Rafei selaku Ketua Juri, Penolong Pengarah Bahagian Sasaran Penting Tempat Larangan Hospital Selayang, Encik Muhammad Muzzammil bin Razali serta Pegawai Teknologi Makanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Ts. Shamsiah binti Aziz.

Pertandingan ini bukan sekadar menjadi pentas menilai kreativiti malah turut berperanan sebagai platform penting dalam menyemai budaya inovasi, memperkukuh semangat kerjasama antara pasukan dan memperlihatkan komitmen berterusan JHEAINS dalam melestarikan transformasi jabatan ke arah perkhidmatan Islam yang efisien, kreatif dan berimpak tinggi.

Melalui penganjuran ini, JHEAINS kini bersedia melangkah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu pentas Anugerah Inovasi Negeri Sembilan (AIN9) dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2026. Semangat inovatif yang ditonjolkan menjadi pemangkin kepada pengurusan Islam yang progresif dan dinamik selaras dengan aspirasi Negeri Sembilan MADANI.

Show More

Related Articles

Back to top button