JPKK Sungai Talan menang Anugerah Reruai Terbaik Kampung Sejati MADANI

JUASSEH: JPKK Kampung Sungai Talan telah mengharumkan nama DUN Juasseh dengan kejayaan Anugerah Reruai Terbaik Talan Kraf Sejati MADANI di Program MADANI Rakyat, Dataran Nilai yang diadakan pada 22 hingga 24 Ogos 2025.
Turut mencuri perhatian apabila, persembahan ‘laser cutting’ yang kreatif dan unik benar-benar membanggakan DUN Juasseh.
Lebih bermakna, Kampung Sungai Talan turut tersenarai bersama lima Kampung Sejati MADANI terbaik iaitu, Kampung Sungai Talan (DUN Juasseh), Kampung Keru (DUN Juasseh), Kampung Baru Mambau (DUN Mambau), Taman Intan Perdana Fasa 2B (DUN Linggi) dan Kampung Seliau (DUN Rantau).
“Syabas dan tahniah, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi seluruh rakyat untuk terus berkarya, mengangkat warisan dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Dato’ Bibi Sharliza Mohd Khalid.