JPNS Tawar Sebut Harga Pembekalan Alatan Mekanisasi

Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Darul Khusus mengeluarkan satu kenyataan sebut harga bagi pembekalan, penghantaran dan pengujian alatan mekanisasi di bawah Projek Pembangunan Negeri Tahun 2025 melalui Sebut Harga PPNS (ALATAN MEKANISASI) 17/2025 (N) bagi kod bidang 070303.
Dokumen sebut harga boleh diperoleh di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri, Wisma Negeri, Seremban dari 18 November hingga 25 November ini antara jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dengan bayaran RM50 melalui sistem NPay.
Kontraktor atau pembekal diwajibkan membawa sijil asal pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil SSM dan menyerahkan salinan berkaitan semasa pembelian manakala wakil syarikat perlu mengemukakan surat wakil rasmi.
Dokumen lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri yang menyatakan nombor serta nama sebut harga sebelum dimasukkan ke dalam peti tawaran di pejabat yang sama.
Tarikh tutup penghantaran ialah pada 25 November 2025 hari Isnin jam 12.00 tengah hari dan sebarang tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran lain dan keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.



