Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan FAMA akan mengadakan Jualan Agro Madani di Tampin sempena cuti Thaipusam seperti berikut:
TARIKH: 25 Januari 2024
MASA: 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari
LOKASI: Tapak Pasar Tani Tampin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, barangan keperluan terpilih akan dijual dengan harga lebih murah daripada harga pasaran.