KUALA LUMPUR: Perolehan 250 unit bas elektrik oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad dapat membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk membekalkan bas elektrik buatan tempatan dan menyokong pembangunan ekosistem industri bas elektrik tempatan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inilah antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan.
“Di Malaysia, penerimaan terhadap kenderaan EV semakin baik.
“Sehingga November 2024, kenderaan EV telah mencapai jualan sebanyak 19,147 unit berbanding 13,257 unit pada tahun 2023.
“Pada 2025 kita menjangkakan pasaran EV akan melonjak lebih tinggi apabila dua model jenama nasional diperkenalkan.
“Insyah Allah, MITI akan memastikan pembangunan industri dan ekosistem EV negara terus berkembang secara progresif dan berdaya saing,” kata Tengku Zafrul.