Kampung Sungai Radin dapat surau baharu

KOTA: Surau baharu Kampung Sungai Radin telah siap dibina dan sempena majlis penyerahan surau tersebut; Majlis Kenduri Ukhuwah bersama Masyarakat dan Sembang Santai Jiwa Murni Madani telah diadakan di perkarangan surau tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini berkata, antara program yang dijalankan ialah goyong royong memasak lauk, Sembang Santai Komuniti Madani, tahlil dan zohor berjemaah.
“Semoga program seperti ini akan menjadi asbab terjalinnya ukhuwah yang lebih erat sesama kita.
“Saya berharap semoga pengerusi dan jawatankuasa yang telah diamanahkan agar dapat menguruskan surau ini dengan baik,” kata Suhaimi.
Turut hadir, Pengerusi JPKK Lubuk Cina, Pengerusi Masjid Lubuk Cina, Pengerusi Masjid Sungai Timun dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan.
Suhaimi turut mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Rembau.