YB Kita

Karnival Bakat Murid Pendidikan Khas: Veerapan sumbang RM3,000

REPAH: Karnival Bakat, Kesenian dan Kebolehpasaran (KBKK) Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025, akan diadakan pada 21 Mei 2025 di Pasar Raya Mydin, Pulau Sebang, Tampin.

Justeru itu, bagi menjayakan karnival tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah menyumbang RM3,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibubapa, masyarakat dan semua pihak berkaitan potensi dan kesediaan murid berkebolehpasaran selepas tamat sesi persekolahan disamping menjadi platform untuk mengenalpasti dan memilih peserta yang berpotensi untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam bidang yang dipertandingkan,” kata Veerapan.

Veerapan menyampaikan cek bernilai RM3,000 kepada Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Prasekolah dan Rendah), Norazizah Mohamed Norok.

Show More

Related Articles

Back to top button