Berita

Karnival Deepavali Tampin meriah

REPAH: Karnival Deepavali Tampin yang diadakan semalam mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam berkata, sambutan yang diterima mencerminkan betapa pentingnya perayaan ini bagi masyarakat setempat terutama mereka yang beragama Hindu.

“Karnival seperti ini juga dapat menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana harmoni.

“Karnival ini juga turut dihangatkan lagi dengan kehadiran artis tempatan seperti The Darkey yang menambah warna dan kemeriahannya.

“Diharapkan karnival sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk merapatkan hubungan antara semua kaum di negara kita kerana ia secara tidak langsung dapat memupuk semangat komuniti setempat.

“Tahniah kepada mereka yang berusaha gigih untuk menjayakan karnival ini,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button