Berita

Karnival Za’ba 2025 tawar pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga

JEMPOL: Karnival Za’ba 2025 bakal berlangsung pada Ahad, 30 November 2025 bermula 8 pagi hingga 5 petang di Teratak Za’ba, Bukit Kerdas, Batu Kikir, dengan pelbagai pengisian untuk masyarakat setempat.

Program tersebut menampilkan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan, pendidikan serta penghayatan sejarah tokoh ulung negara, Pendeta Za’ba.

Antara aktiviti yang dijadualkan ialah Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Pertandingan Mewarna dan Kolaj, Pertandingan E-Sport Game, serta Forum Za’ba: “Za’ba dan Jati Diri Bangsa”.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menghadiri pameran agensi, pertandingan memancing, jualan produk IKS, jualan Rahmah MADANI, serta demonstrasi masakan tradisi Luak Jempol.

Program sukan rakyat juga disediakan bagi memeriahkan lagi suasana.

Penganjuran karnival ini bertujuan menyemarakkan warisan ilmu serta memupuk jati diri bangsa, selain mengangkat nilai perjuangan Pendeta Za’ba di bumi kelahirannya.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival yang menawarkan aktiviti untuk semua lapisan masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button