BeritaMenarik

Kebajikan veteran DAP sentiasa diberi perhatian

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan peribadi bernilai RM5,000 kepada Kelab Veteran DAP Negeri Sembilan.

“Saya memuji usaha kelab yang peka dengan kebajikan ahli veteran parti serta menyantuni mereka.

“Selain itu, kelab ini juga membantu veteran yang banyak berjasa demi parti dalam mengembangkan pengaruh sehingga mencapai kemenangan.

“Justeru itu, saya telah menyampaikan cek bernilai RM5,000 kepada pihak kelab ini untuk terus menjalankan aktiviti demi kebajikan veteran parti,” kata Veerapan.

Veerapan berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Makan Tengahari anjuran Kelab Veteran DAP Negeri Sembilan di Restoran Kam Yin Poh Taman Indah, Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button