Kejohanan Bola Sepak tonjol semangat perpaduan
NILAI: Kejohanan Bola Sepak 12 tahun UNITI Terbuka Negeri Sembilan menonjolkan semangat perpaduan dalam masyarakat.
Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, kejohanan seperti ini juga secara tidak langsung memupuk sikap harmoni yang menjadi identiti dan tradisi di negara kita.
“Ini menunjukkan aktiviti sukan dapat menyatupadukan serta menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Oleh itu, saya menyeru agar kita mengeratkan hubungan sesama kita agar kedamaian yang ada ini dpaat diwarisi daripada satu generasi ke generasi baru.
“Tahniah kepada ucapkan kerapa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jati, Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kelab Sukan Bandar Nilai kerana menganjurkan kejohanan seperti ini,” kata Tengku Zamrah.