YB Kita

Kejohanan Sofbol Bawah 11 Tahun Piala Tok’D cungkil bakat muda

JERAM PADANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir telah merasmikan Kejohanan Sukan Sofbol Bawah 11 Tahun Piala Tok’D yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Felda Palong 1.

Kejohanan ini menghimpunkan penyertaan murid-murid sekolah rendah dari beberapa buah sekolah sekitar gugusan Felda dan DUN Jeram Padang, sebagai medan awal mencungkil bakat muda dalam sukan sofbol.

“Saya amat berbangga melihat semangat kesukanan yang tinggi serta disiplin yang ditunjukkan oleh para peserta cilik kita hari ini.

“Melalui kejohanan seperti ini, bukan sahaja kita membentuk daya saing dan keyakinan diri, tetapi juga memupuk nilai kerjasama, kepimpinan dan semangat juang dalam kalangan generasi muda.

“Tahniah kepada pihak penganjur dan tenaga guru Sekolah Kebangsaan Felda Palong 1, serta semua sukarelawan dan jurulatih yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini.

“Usaha sebegini amat penting dalam memperkukuhkan budaya sukan dan kesihatan di peringkat akar umbi.

“Saya berharap kejohanan ini dapat dijadikan acara tahunan dan diperluas ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan dating dan sebagai platform melahirkan bakat sukan masa depan Negeri Sembilan dan negara,” ujar beliau.

Mohd Zaidy mengucapkan syabas kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

“Kalah atau menang bukan ukuran, tetapi semangat dan pengalaman inilah yang menjadi juara sebenar.

“Jeram Padang Tetap Juara,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button