BeritaMenarik

Kementerian Pendidikan ambil langkah proaktif mantapkan guru Bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) prihatin dan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk terus memantapkan keupayaan guru Bahasa Inggeris dalam melaksanakan pedagogi bermakna yang memanfaatkan pembelajaran murid dalam Bahasa Inggeris (BI).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Dasar MBMMBI, pelbagai inisiatif dan program pembangunan profesionalisme untuk guru yang mengajar BI telah dilaksanakan.

Antaranya ialah:

1.⁠ ⁠Kursus English for Preschool Teachers (EPT) ialah program untuk guru prasekolah di bawah KPM dan juga telah diperluaskan kepada guru prasekolah daripada agensi lain seperti KEMAS dan Institut Kemajuan Latihan dan Integrasi Nasional (IKLIN).

2.⁠ ⁠Program Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT) bertujuan memastikan semua guru BI di semua institusi pendidikan KPM mencapai tahap minimum C1 dalam CEFR.

Guru yang belum mencapai tahap C1 perlu mengambil ujian penguasaan BI mulai tahun 2019.

3.⁠ ⁠Pelantar latihan Bahasa Inggeris Integrated Microlearning Programme with Robust Virtual Experience (IMPROVE) yang menawarkan kursus akses kendiri dalam talian untuk membantu pembangunan kemahiran dan pengetahuan guru Bahasa Inggeris.

4.⁠ ⁠Program Guru Novis di bawah program kerjasama KPM dan Teach For Malaysia (TFM) bagi memperkasa pedagogi guru.

Fadhlina berkata demikian di Sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button