Berita

Kerajaan galak pihak industri angkut barang guna keretapi, kurang lori di jalan raya

Semasa perbahasan Belanjawan 2026 dalam Dewan Rakyat, pembangkang membangkitkan risiko ECRL menjadi projek gajah putih.

Kos pembinaan sahaja mencecah lebih RM50 bilion.

Saya menjelaskan Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 memang cakna terhadap risiko tersebut dan telah merunding semula agar kontraktor China turut terlibat dalam pengoperasian ECRL.

Hasilnya, sebarang kerugian akan ditanggung 50 peratus – 50 peratus.

Kalau untung, Malaysia dapat 80 peratus, mereka dapat 20 peratus.

Ini bertujuan mengelakkan pihak kontraktor ‘mencuci tangan’ selepas fasa pembinaan.

Kerajaan juga sedang bersungguh-sungguh menggalakkan pembinaan industri di sepanjang laluan ECRL untuk memastikan akan terdapat permintaan pemunggahan barangan yang mencukupi agar risiko kerugian dapat dimitigasikan.

Untuk berpuluh tahun, negara kita telah membelanjakan berbilion ringgit untuk membina dan menaiktaraf sistem rel termasuk rangkaian ECRL dan KTMB.

Namun, satu kekurangan adalah kegagalan untuk mengoptimumkan penggunaannya.

Oleh sebab itu, Kerajaan MADANI sedang berusaha memperoleh jumlah tren yang banyak untuk mengatasi isu tiket selalu habis dijual dan juga menggalakkan pihak industri untuk mengangkut barangan menggunakan rel, sekaligus mengurangkan jumlah lori di atas jalan raya.

Pelaburan besar kerajaan hanya akan berbaloi apabila dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dan industri.

Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pengangkutan

Show More

Related Articles

Back to top button