Kerajaan Negeri alu-alukan pelaburan berkualiti demi pertumbuhan ekonomi

SEREMBAN: Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pelaburan berkualiti khususnya dalam sektor berteknologi tinggi, ekonomi hijau serta industri bernilai tambah tinggi demi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat bersama delegasi Sion Energy Limited berhubung peluang pelaburan serta hala tuju pembangunan industri di Negeri Sembilan.
“Kerajaan negeri akan terus mengambil pendekatan terbuka dan proaktif dalam memperkukuhkan hubungan dengan pelabur tempatan dan antarabangsa agar lebih banyak pelaburan strategik dapat dibawa masuk ke Negeri Sembilan.
“perbincangan tersebut menjadi antara langkah penting dalam memperluaskan potensi kerjasama strategik yang mampu memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi dan industri negeri,” kata Teo



