Berita

Kerajaan Negeri perkukuh hubungan dengan Indonesia

DUMAI: Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, usaha tersebut adalah berdasarkan hasil lawatan yang dilakukan ke Dumai.

“Perbincangan dua hala merupakan salah satu fokus yang diutamakan khususnya antara pelabuhan Port Dickson – Dumai.

“Pelabuhan yang sudah lama wujud ini mampu memberikan kelebihan daripada sudut ekonomi kedua belah pihak.

“Melalui usaha ini, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan bagi memberikan impak yang besar kepada kita dan Indonesia apabila siap sahaja Pelabuhan AI di Port Dickson,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button