Majlis penutupan Expo Deepavali DUN Sri Tanjung 3.0 meriah, semai semangat perpaduan

SRI TANJUNG: Majlis Perasmian Penutupan Expo Deepavali DUN Sri Tanjung 3.0 telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran dalam suasana penuh meriah dan mesra masyarakat pelbagai kaum.
Rajasekaren berkata, majlis ini turut menyaksikan penyampaian hadiah wang tunai RM200 kepada kedai tercantik, Sharani Homebaker, sebagai tanda penghargaan atas kreativiti dalam menceriakan suasana expo.
“Selain itu, sijil penghargaan juga disampaikan kepada ahli Car Show yang mengambil bahagian.
“Sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat, saya telah menyampaikan sumbangan pakaian kepada sebuah keluarga angkat yang menetap di Flat Sri Bandar.
“Inisiatif itu melambangkan semangat perpaduan dan kasih sayang sempena sambutan perayaan Deepavali,” kata Rajasekaren.
Dalam pada itu, Jabatan Penerangan Daerah Port Dickson juga turut serta bagi menyampaikan Taklimat Belanjawan 2026.
Taklimat tersebut bertujuan memberi pencerahan kepada masyarakat berkenaan hala tuju dan fokus pembangunan kerajaan bagi tahun hadapan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengurus Syarikat Ranex, wakil Pengurus Syarikat Regina Mall, Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson kawasan DUN Sri Tanjung serta ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Sri Tanjung.



