YB Kita

Gunasekaren tinjau keperluan sekolah, dengar suara rakyat

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren telah mengadakan lawatan mesra ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 dan berkesempatan bertemu dengan Pengetuanya, Muhammad Mohd Nor.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara berkaitan kebajikan, pendidikan serta potensi murid-murid sekolah telah dibincangkan.

Gunasekaren turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas komitmen serta dedikasi dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.

Pendidikan adalah kunci masa depan generasi muda dan pembangunan negara,” ujar beliau ringkas.

Dalam pada itu, Gunasekaren turut mengadakan satu sesi perjumpaan bersama penduduk setempat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya bagi mendengar dan membincangkan pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat.

Gunasekaren berkata, perjumpaan ini mencerminkan komitmen beliau yang berterusan dalam memastikan suara rakyat sentiasa didengari serta diberi perhatian sewajarnya.

“Pelbagai aduan, cadangan dan keperluan komuniti telah dikemukakan oleh penduduk untuk tindakan serta penyelesaian yang lebih berkesan.

“Pendekatan turun padang dan bertemu rakyat secara langsung amat penting dalam memahami keadaan sebenar yang dihadapi oleh masyarakat.

“Melalui sesi seperti ini, hubungan yang lebih erat dapat diwujudkan antara pemimpin dan rakyat demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

“Komitmen saya adalah untuk terus berkhidmat, mendengar dan bertindak demi kepentingan rakyat,” jelas Gunasekaren lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button