BeritaProgram

Caj RM1 pengeluaran tunai antara bank dimansuhkan mulai 1 Julai 2026

Berita baik untuk rakyat Malaysia.

Mulai 1 Julai 2026, caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank melalui ATM dan Self-Service Recycling Machine (SRM) akan dimansuhkan sepenuhnya.

Langkah ini membolehkan pengguna mengeluarkan wang tunai di ATM bank lain tanpa dikenakan caj tambahan, sekali gus membantu mengurangkan kos transaksi harian serta meningkatkan kemudahan akses kepada perkhidmatan perbankan.

Pemegang kad debit Malaysia juga boleh mengeluarkan wang tunai secara percuma tanpa had di lebih 14,000 ATM dan SRM seluruh negara, tanpa dikenakan yuran RM1.

✅ Tiada lagi caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank.

✅ Lebih mudah menggunakan ATM bank lain.

✅ Mengurangkan kos transaksi pengguna.

✅ Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Sumber: Kenyataan Bersama Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dan PayNet. Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. 

Show More

Related Articles

Back to top button