Berita

Kerajaan Negeri terbuka perkasa generasi muda

TAMPIN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa terbuka untuk memperkasakan lagi generasi muda.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM500,000 juga diperuntukkan bagi program Karakter Bangsa yang melibatkan para pelajar sekolah menengah.

“Selain itu, program Jambori Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan ini juga adalah amat bagus.

“Ini kerana program sebegini dapat memupuk semangat kepimpinan dan nilai-nilai positif dalam kalangan remaja hari ini.

“Hal ini supaya negara kita mempunyai masa depan yang lebih cerah dan terjamin,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Jambori Negeri Sembilan yang bertempat di Tampin.

Dalam pada itu, Aminuddin turut mengalu-alukan kehadiran peserta Jambori yang datang daripada luar negeri.

“Terdapat beberapa penyertaan pasukan pengakap daripada Johor, Melaka, Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.

“Selamat datang ke negeri Adat Perpatih.

“Ambillah kesempatan ini untuk mengenali tradisi masyarakat di sini bak kata pepatah ‘tak kenal, maka tak cinta’,” ujar beliau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button