BeritaMenarik

Kerajaan Perpaduan menawarkan kestabilan politik

KLAWANG: Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menawarkan kestabilan politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Dato’ Ir.Bakri Sawir berkata, rakyat bijak menilai, dengan memilih agenda reform dan tatakelola yang ditawarkan oleh Kerajaan Perpaduan, berbanding mainan hasutan sentimen.

“Ini dapat dilihat dalam ‘trend’ beberapa siri PRK.

“Jelas rakyat telah menolak sentimen yang mungkin pada awalnya ada gelombang, tapi itu di pantai timur.

“Saya mengajak orang Jelebu agar bersama-sama dengan kita, dalam program-program yang dirangka pada masa akan datang, sekaligus abaikan provokasi kumpulan yang bermain dengan hasutan,” kata Bakri.

Bakri berkata demikian kepada Negeri Kita di program sumbangan bakul makanan dan kewangan bagi golongan asnaf dan pesakit terlantar JPKK Kampung Chenor Jelin.

Program ini anjuran bersama JPKK Chenor, Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button