BeritaMenarik

Kerajaan Perpaduan serius tangani isu pencemaran air sungai

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan cukup serius dan cakna mengenai isu pencemaran air sungai di negara.

EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, usaha secara holistik untuk menjamin kemampanan dan keterjaminan sumber air negara sentiasa diberi keutamaan pada kadar segera.

“Contohnya semua jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri telah diminta untuk melakukan tindakan penguatkuasaan secara lebih drastik mengikut bidang kuasa masing-masing ke atas punca pencemaran dalam mensasarkan kualiti air sungai yang bersih demi kesejahteraan rakyat.

“Selain itu, kerajaan juga telah membangunkan ‘Sistem Pintar Artificial Intelligence (AI) Bagi Penarafan dan Pengelasan Kedudukan Sungai-Sungai di Malaysia (AIR3S)’ untuk kegunaan di lembangan sungai negara oleh semua pihak berkepentingan dalam pemantauan meningkatkan kualiti air sungai.

“Semua ini dibincangkan di dalam Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada pagi tadi.

“Saya hadir mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button