Baru-baru ini saya telah bertemu dengan semua ketua jabatan di bawah portfolio Exco Kanan.
Di kesempatan pertemuan ini, saya menzahirkan rasa terima kasih di atas komitmen cemerlang ketua-ketua jabatan sepanjang dua tahun Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.
Bagi meneruskan budaya kecemerlangan di tahun 2025 ini, saya memberi mesej kepada semua pengarah-pengarah jabatan untuk kerja bersama saya seperti praktis biasa.
Dapatan akhir yang kita ingin buru adalah untuk rakyat.
Kita mahu melihat rakyat mendapat kesejahteraan semaksimum yang boleh.
Insya Allah tahun 2025 ini pendekatan kita akan lebih agresif, lebih laju dan lebih banyak ‘feel good factor’ akan diterjemahkan melalui jabatan-jabatan terlibat.
Dato’ Seri Jalaluddin Alias
EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi
EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang