Berita

Isteri kehilangan suami terima sumbangan kewangan

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan kepada Puan Umabathy di Taman Pinggiran Senawang.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban Puan Umabathy yang kehilangan suaminya.

“Saya juga turut memberikan sumbangan barangan dapur kepada beliau.

“Semoga Puan Umabathy tabah menghadapi ujian kerana beliau adalah kekuatan kepada anak-anak beliau,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button