YB Kita

Kerja naik taraf Taman Rekreasi Kampung Baru Bukit Pilah telah bermula

JERAM PADANG: Kerja-kerja naik taraf kemudahan di Taman Rekreasi Kampung Baru Bukit Pilah telah dimulakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, kerja-kerja naik taraf telah pun dimulakan dengan rancak oleh kontraktor lantikan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Projek ini adalah hasil permohonan dan perancangan rapi bersama komuniti setempat demi memastikan kemudahan rekreasi di kawasan ini terus dipelihara dan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk kampung serta sekitarnya.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada KPKT, pihak kontraktor, dan semua pihak yang telah memainkan peranan dalam menjayakan misi memelihara dan memperindah kawasan DUN Jeram Padang, khususnya di Kampung Baru Bukit Pilah.

“Komitmen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memastikan kawasan-kawasan awam terus diberi nafas baru untuk manfaat generasi kini dan akan dating,” kata Mohd Zaidy.

Show More

Related Articles

Back to top button