Kerja selenggara cerun di Jalan Rompin – Gemas telah siap sepenuhnya

JERAM PADANG: Kerja-kerja penyelenggaraan cerun di Jalan Rompin – Gemas iaitu selepas stesen Petronas Rompin dari arah Bahau menuju ke Gemas telah siap sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, tebing dan cerun ini telah lama tidak diselenggara serta dibiarkan tanpa dibaiki sejak sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi.
“Setelah sekian lama terbiar, akhirnya kerja-kerja baik pulih cerun ini berjaya disempurnakan dengan jayanya.
“Saya yakin kerja penyelenggaraan yang dilakukan ini akan memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya dari aspek keselamatan dan keselesaan, di samping memastikan infrastruktur awam sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JKR Jempol serta pihak Selia Selenggara Sdn Bhd atas usaha dan keprihatinan mereka dalam menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan ini dengan sempurna,” kata Mohd Zaidy.