Berita
Ketua Pengarah Pendidikan tinjau hari pertama persekolahan SK Taman Seri Pagi dan SMK Tunku Ampuan Durah

SEREMBAN: Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan telah meninjau pengoperasian hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah.
Azman telah mengambil kesempatan untuk menyantuni murid, guru, warga sekolah dan ibu bapa di kedua-dua buah sekolah.
Beliau telah turut menyempurnakan Simbolik Pemberian Kit Persekolahan oleh Yayasan Didik Negara.
Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan minggu pertama persekolahan perlu diisi dengan program dan aktiviti yang dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan suasana sekolah seterusnya menyediakan mereka untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Hadir bersama adalah Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar.