YB Kita

Klinik Desa Ampang Tinggi yang baharu telah dibuka

PILAH: Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim telah merasmikan Majlis Bangunan Baru Klinik Desa Ampang Tinggi, di Ampang Tinggi, Kuala Pilah.

“Projek naik taraf bernilai RM524,000 ini menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan selamat serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada 519 penduduk melibatkan 10 kampung.

“Klinik ini memainkan peranan penting dalam rawatan pesakit luar, penjagaan kesihatan ibu dan anak serta saringan kesihatan warga emas.

“Terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah serta seluruh warga kerja klinik atas usaha dan dedikasi yang berterusan.

“Semoga kemudahan ini terus menjadi nadi kesejahteraan komuniti dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat,” kata Noorzunita.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah, Dr. Norazlina; Penghulu Mukim Pilah, Mujahid dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi, Zulkarna’in.

 

Show More

Related Articles

Back to top button