Berita

Korban Perdana Jelebu tampil kerjasama tiga wakil rakyat Kerajaan Perpaduan

JELEBU: Majlis Korban Perdana Parlimen Jelebu telah diadakan di Kompleks UMNO Simpang Pertang.

Penganjuran kali ke-enam ini agak istimewa apabila kali ini ia menampilkan keterlibatan secara langsung tiga wakil rakyat dari Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Jelebu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, sebanyak 40 ekor lembu dikorban dan diagihkan kepada masyarakat sekitar.

“Sebanyak 2,210 pek daging diagihkan kepada penduduk sekitar,” ujarnya.

Turut hadir, ADUN Klawang, Dato’ Ir.Bakri Sawir dan ADUN Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button