Berita

KPDN Negeri Sembilan mahu lahirkan pengguna yang berdaya upaya

NILAI: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam telah merasmikan Majlis Apresiasi dan Sesi Libat Urus Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan Bersama Rakan Strategik Kepenggunaan di Gastro Hub, Nilai Event Space.

Veerapan berkata, penganjuran majlis ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi dan memberi penghargaan kepada mereka yang berkerjasama dengan KPDN Negeri Sembilan terutamanya dalam memperkuatkan jaringan berkaitan advokasi kepenggunaan dan melahirkan pengguna yang berdaya upaya.

“Selain itu, kerjasama ini amatlah penting bagi mengalakkan keterlibatan pelbagai pihak dalam membuat keputusan selain kejayaan program.

“Sebanyak 58 program dan aktiviti telah dijalankan oleh KPDN Negeri Sembilan di bawah Unit Pendayaupayaan Pengguna bagi Tahun 2024 dan ia melibatkan pelbagai pihak termasuk Gerakan Pengguna Negeri, Gerakan Pengguna Daerah, Ahli-ahli Gerakan Pengguna Siswa, Kelab Pengguna Sekolah serta jabatan dan agensi setempat.

“Penganjuran program kepenggunaan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk melahirkan lebih ramai individu yang berperanan sebagai ejen bagi membantu hasrat kerajaan untuk menyebar luaskan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, KPDN juga membangunkan Modul Kepenggunaan untuk murid sekolah rendah sebagai rujukan penyampaian maklumat berkaitan kepenggunaan,” ujar Veerapan.

Turut diadakan majlis anugerah tokoh serta bantuan one-off kepada gerakan pengguna siswa dan cabutan bertuah.

Turut hadir, Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan dan Pemangku Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Pentadbiran dan Kewangan Negeri Sembilan, Nur Hanuna Mohamed Yunos.

Show More

Related Articles

Back to top button