BeritaMenarik

KPKT berjaya pulih 88 projek perumahan bernilai RM8.23 bilion

SEREMBAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) telah berjaya memulihkan 88 projek perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari 2024.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming berkata, 88 projek yang telah dipulihkan itu membabitkan sejumlah 10,560 unit perumahan swasta.

“Daripada 88 projek perumahan itu, sebanyak 81 projek telah mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) manakala lima projek berstatus sakit kembali menjadi lancar dan dua projek terbengkalai telah berjaya dipulihkan.

“Bagi memastikan kepentingan pembeli rumah terpelihara serta mengurangkan beban rakyat, pasukan KPKT terus komited membantu pemulihan projek-projek perumahan swasta yang bermasalah,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button