Berita

Kuil Sri Sundara Vinayagar terima RM200,000 daripada Teo

TAMPIN: Kuil Sri Sundara Vinayagar, Tampin telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM200,000 daripada Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam, Teo Kok Seong.

Teo berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak kuil yang akan melakukan pemindahan dan pembinaan kuil baru.

“Sebelum ini, saya telah memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 sekaligus menjadikan jumlah sumbangan adalah sebanyak RM300,000.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi pembinaan kuil dan aktiviti bermanfaat yang lain,” kata Teo.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button