Kursus kejurulatihan penjaga gol Diploma ‘A’ AFC/FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menganjurkan kursus kejurulatihan penjaga gol Diploma ‘A’ AFC/FAM.
Pemohon yang berminat untuk mendaftarkan diri ke Kursus Kejurulatihan Penjaga Gol Diploma ‘A’ boleh mendaftar pada pautan yang tertera di bawah mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
Pautan pendaftaran: https://forms.gle/yioGS5DTSrZLADaS6
Tarikh Tutup Pendaftaran: 15 Julai 2025
Pemakluman kelulusan penyertaan kursus (menerusi e-mel): 18 Julai 2025
Syarat-syarat kelayakan:
– Calon mestilah pemegang Sijil Kursus Kejurulatihan Penjaga Gol Diploma ‘B’ atau Tahap 2 AFC/FAM
– Calon mestilah pemegang Sijil Kursus Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM
– Calon mestilah aktif melatih di dalam Liga Super, Piala MFL, Piala Presiden dan Piala Belia
– Calon mestilah aktif dengan keadaan tubuh badan yang sihat untuk mengambil bahagian di dalam semua sesi latihan Praktikal (Tiada Model Pemain yang Terlibat)