Laluan pejalan kaki bakal dibina di tepi Sungai Kampung Paya
SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr.G.Rajasekaran telah mengadakan satu perjumpaan dengan Pengerusi JPKK Kampung Paya, Jabatan Pengairan dan Saliran Port Dickson dan kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan pejalan kaki di tepi Sungai Kampung Paya.
“Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan projek serta memastikan semua pihak yang terlibat memahami skop kerja, jadual pelaksanaan dan standard kualiti yang diperlukan.
“Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memperindahkan kawasan sekitar Sungai Kampung Paya, sekaligus menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk tempatan untuk aktiviti riadah.
“Dalam perjumpaan ini, beberapa isu penting telah dibincangkan, termasuk langkah-langkah untuk memastikan keselamatan pekerja dan orang awam sepanjang tempoh pembinaan, serta pemantauan kualiti kerja yang berterusan bagi memastikan hasil yang terbaik,” ujar Rajasekaran.
Rajasekaran berkata, beliau ingin menegaskan komitmen kontraktor dalam memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan seharusnya siap pada 21 November 2024 dan mematuhi semua peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.