Berita

Laman Basikal Seremban ditutup sementara

SEREMBAN: Laman Basikal Seremban ditutup sementara daripada kegunaan orang ramai.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Masri Razali dalam satu kenyataan media berkata, penutupan tersebut adalah kerana pihak operator menarik diri daripada menguruskan kawasan tersebut.

“Hal ini menyebabkan operasi Laman Basikal terpaksa dihentikan sementara waktu.

“Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan beberapa tawaran kepada operator baharu.

“Namun, masih tiada pihak yang memenuhi piawaian yang ditetapkan MBS.

“Oleh sebab itu, MBS merancang membuka semula Laman Basikal selepas musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“MBS menghargai sokongan warga Seremban terhadap Laman Basikal yang mempunyai nilai nostalgia dalam kehidupan seharian warga bandar raya.

“Dalam pada itu, kerja-kerja penyelenggaraan sedang berjalan seperti yang dijadualkan, dan MBS turut merancang untuk menaik taraf kemudahan yang terdapat di Laman Basikal,” kata Masri.

Show More

Related Articles

Back to top button